Sunday, 17 April 2011
MENGHITUNG HARI...
Hari demi hari berlalu dengan pantasnya. Tidak terasa masa berlalu saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Dunia rupanya sudah terlalu tua. Hari ini sahaja dalam Berita Harian melaporkan 4 buah negara mengalami gegaran dan terdapat mangsa yang mati. Ya Allah, ketakutan di hati ini semakin terasa. Terasa semakin dekatnya waktu yang dijanjikan itu. Apakah amalan yang aku lakukan selama ini mampu membalut segala dosa selama aku lahir ke dunia ini? Ya Allah, hanya KAU sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Mengampunkan dosa-dosa hamba-Mu ini. Ya Allah, Ampunkanlah seluruh umat Islam di dunia ini Ya Allah. Terima lah kami sebahagai hamba-hamba-MU yang bertakwa. Sesungguhnya KAU lah yang Maha Berkuasa terhadap seluruh alam semesta ini.
Aku pula disini, di Felda Sahabat yang jauh dari pinggir bandar dan jauh dari keluarga yang aku selalu rindui. Mungkin bukan aku sahaja yang tinggal seorang disini. Malahan entah berapa ratus? berapa ribu yang menahan rasa dan hati untuk terus survive di sini hanya kerana melaksanakan amanah dan tugas. Ah, bukan aku sahaja yang merasai semua ini, malahan jutaan manusia bertebaran di muka bumi Allah ini berjauhan dengan keluarga masing-masing. Ya, kadang-kadang aku terlalu lemah semangat untuk menghadapi kenyataan. Apatah lagi takde tempat untuk mengadu especially keluarga. Tapi, bila difikir semula, bukan aku seorang yg merasa begini. Malahan ramai lagi. Dan lantas hati ini terdetik, jika tidak dekat dengan keluarga pun, Allah SWT sajalah tempat pengaduan yang utama. DIA lah tempat mengadu yang terbaik, kerana DIA lah yang telah mentakdirkan segala-galanya sejak di LAUH MAHFUZ lagi. Ya Allah, terasa diri ini kerdil dan hanya kecil daripada zarah pada pandangan MU.... Ampunkan hambaMU ini Ya Allah... Ampunkan Hamba-MU ini ya Allah. Aku sepatutnya Redha dengan semua ketentuan-Mu.
Ini baru masuk setahun empat bulan aku mengajar di SK Cenderawasih, Lahad Datu. Tetapi aku terasa terlalu lama berada disni. Sampai kan dah 3 kali aku bermohon pindah dari sekolah ini. Bukannya aku tak suka, tapi itulah kelemahan aku, aku ingin selalu dapat bertemu keluarga. Aku pun tak tahu kenapa? Padahal dulu aku belajar kat Sarawak punyalah susah nak balik, tapi still semangat ok. Tapi, sekarang terlalu berbeza. aku memang tak boleh kalo tak balik. aduishhh.... Apatah lagi sekarang sudah berkahwin. Inginkan perhatian yang utama dari Sang Suami yang terlalu penyayang dan mengambil berat. Ye, mungkin aku cemburu bila jauh dari dia.. Cemburu jika tiada perhatian dan terlepas perhatian dari sang Suami kepada sang Isteri yang seharusnya berada disisi suami. Ya Allah, janganlah jauhkan kami lagi Ya Allah, bukankanlah ruang yang seluasnya agar hamba-Mu ini dapat berpindah dan berada dekat dengan suami dan keluarga yang terlalu aku perlukan. Amin
Semogalah Allah SWT sentiasa membuka pintu hatiku dan sentiasa memberi peringatan kepadaku. Ya Allah, aku redha dan bersyukur terhadap setiap ketentuan-Mu terhadap hamba-Mu ini. Hanya KAU ya Allah tempat aku mengadu.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment