KEMBARA CINTA

Page

  • My Diary

About Me

My Photo
mrs.amksas
Aku Insan Biasa
View my complete profile
Tabah & Sabar meharungi dugaan apabila ditimpa musibah


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ
رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الاوُلَى
...

Dari Anas bin Malik r.a. katanya
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sabar yang bernilai tinggi ialah tabah hati pada permulaan datang musibat"

(Hadis sahih riwayat Muslim)
Mrs.Amksas. Powered by Blogger.

RADIO ONLINE

Blog Archive

  • ▼  2011 (20)
    • ►  October (9)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (8)
      • Mengimbas kembali kenangan...
      • BANJIR KILAT LAGI KAT SEKOLAH...
      • PeRsAhAbAtAn...
      • AKTIVITI KESELAMATAN KEBAKARAN DI SEKOLAH BERSAMA ...
      • BACKDROP & PENTAS MTQ PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU
      • Hasil Karya Seni Sepanjang Berada di SKC 2010-Hing...
      • SEGENGGAM TABAH
      • Kehidupan Baru

Waktu Solat

Archives

  • ▼  2011 (20)
    • ►  October (9)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (8)
      • Mengimbas kembali kenangan...
      • BANJIR KILAT LAGI KAT SEKOLAH...
      • PeRsAhAbAtAn...
      • AKTIVITI KESELAMATAN KEBAKARAN DI SEKOLAH BERSAMA ...
      • BACKDROP & PENTAS MTQ PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU
      • Hasil Karya Seni Sepanjang Berada di SKC 2010-Hing...
      • SEGENGGAM TABAH
      • Kehidupan Baru

Jadi kawan dalam Facebook saya...

سيتي اليناه سلمات

Create your badge

Sila tinggalkan komen (^-^)


ShoutMix chat widget

iluvislam

ZIKIR MUNAJAT


Hijjaz-zikir-munajat-3 Mp3
Musicaddict.com

Followers

Thursday, 31 March 2011

Mengimbas kembali kenangan...

Kali ni tak tahu kenapa nak sangat mengimbau kenangan lama semasa study kat IP Rajang yang banyak memberi kenangan dan harapan sehingga aku berjaya sekarang.. Syukur Alhamdulillah, Allah swt jualah yang memberi semua ini. Dan, aku berterima kasih pada ayah dan ibu yang tercinta yang banyak mendoakan kejayaan aku. Serta seorang suami yang yang banyak menyokong dan membantu selama ini. Thanks a lot my family. I LOVE U all forever. 

Antara kenangan yang paling aku suka adalah ketika praktikum kat sekolah. Wah, semangat betul. Ni gambar-gambar yang aku tak dapat lupakan. n aku tak tahu bila aku nak p cuci kat kedai gambar n masuk dalam album. hahaha entah2 takkan dapat kot? hehehe 

Bersama GB SK Abg Ali sempena sambutan Hari Kemerdekaan kat sekolah ni n gambar belakang tu kitorang punya projek.

Senam tari 1 Malaysia

Laungan Kemerdekaan oleh GB SK Abg Ali, Sibu

Bersama guru-guru SK Abang Ali yang sangat sporting

Ni, bukan nek mengegeh, tapi nak tunjuk tempat tu yang cantik sebenarnya... Pusat Sumber SK Sibu Jaya yang sangat cantik. Suka sangat lepak kat sana.

Bersama anak didik yang banyak menolong aku mendapat markah yang terbaik semasa praktikum

Rakan-rakan seperjuangan bergambar depan carta organisasi SK Sibu Jaya. Uish smartlah sekolah ni.


Posted by mrs.amksas at 08:53 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Friday, 25 March 2011

BANJIR KILAT LAGI KAT SEKOLAH...

Bulan 3 ni musim tengkujuh pula... Hujan lebat asyik turun je... Rahmat katakan.. Tapi, kadangkala ia mendatangkan bencana. Yelah, hujan turun memang x dapat halang, tapi bila manusia lah penyebab kepada bencana itu berlaku. Masalah kat sekolah ni senang je nak cakap. Sistem perparitan yang tak sistematik. Sape yang buat parit kat sekolah tu ya? dan siapalah punya arkitek tu ye? aduissshhh... masalah betul. 
GB kamiorang dah bawa pengerusi PIBG tu tengok sekolah n suruh buat perubahan.. tapi, sampai skrg belum ada pape perubahan. Semogalah masalah ini cepat di atasi. Di bawah ni 3 keping je gambar yang aku nak tunjuk...
Adeiii.. aku tersekat kat kelas kerana banjir. budak2 sekolah memang sukalah main hujan n air banjir tu.. Yukk.. yg aku tak suka, parit belakang tu sistem saluran najis murid-murid ni..hampeh tul..hehehe 

 Budak-budak berpindah ke dewan.... 

 Air mula masuk dalam kelas

 Parit belakang kelas dekat dengan Pra Sekolah yang tenggelam dengan bah...


Harap-harap masalah ni cepat selesai... susah nak mengajar budak. Dahla budak2 ni susah nak masuk subjek Matematik. Aduish!



Posted by mrs.amksas at 10:32 1 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Thursday, 24 March 2011

PeRsAhAbAtAn...

    PeRsAhAbAtAn...

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.
 
Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan
bertumbuh bersama karenanya…
 
Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi
membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.
 
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.
 
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.
 
Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya,
karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.
 
Beberapa hal seringkali menjadi penghancur
persahabatan antara lain :
1. Masalah bisnis UUD (Ujung-Ujungnya Duit)
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan antar lawan jenis
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan
oleh sahabat-sahabat yaang teruji kesejatian motivasinya.
 
Renungkan :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**

Posted by mrs.amksas at 08:19 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

AKTIVITI KESELAMATAN KEBAKARAN DI SEKOLAH BERSAMA BOMBA LAHAD DATU

Pada Bulan Oktober 2010 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Cenderawasih telah mengadakan program keselamatan Kebakaran. Aktiviti ini diadakan dengan berobjektifkan supaya murid sedar dan memahami tentang pentingnya mencegah dan mengelak serta menyelesaikan masalah ketika kebakaran berlaku. 
Aisehmen, macam karangan UPSR pula..kih.kih.kih... 


Dibawah ni adalah antara aktiviti bersama Pasukan Bomba Lahad Datu yang amat sporting sekali malayan karenah budak2 dan cikgu2 yang nakal-nakal ini. Aduish, suka betul budak2 ni main api. Hampeh.
 Bergaya sakan... adeiii

 Guru memberi sedikit taklimat sebelum aktiviti bermula 

 Suasana keadaan di tempat letak kereta SKC sebelum demonstrasi bermula





Penyelia Petang yang sentiasa sporting gituuu...
 Pegawai Bomba sedang melakukan demonstrasi memadamkan api


Guru-guru Sesi Petang yang cumil2 bah...


Sebahagian murid dan guru-guru SKC sesi petang yang bergambar bersama kereta kecik Bomba Lahad Datu..

Posted by mrs.amksas at 07:17 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Wednesday, 23 March 2011

BACKDROP & PENTAS MTQ PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU

aKHIRNYA siap juga backdrop n pentas MTQ peringkat daerah lahad Datu...Alhamdulillah..

Inilah hasil penat lelah guru-guru SKC.. TAHNIAH atas ketekunan dan kegigihan anda mencari bunga hidup sekitar bandar Cenderawasih. 










Hasilnya amat memuaskan hati BIG BOSS kami..hehehe thanks GB...

Posted by mrs.amksas at 23:49 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Tuesday, 22 March 2011

Hasil Karya Seni Sepanjang Berada di SKC 2010-Hingga sekarang....

Sepanjang aku mengajar kat sekolah SKC ni aku hanya sebulan je mengajar Pendidikan Seni. Pastu kene bagi ajar Matematik +PSV.. boleh lah aku terima.. Tapi, sekarang aku dah tak ajar PSV lagi. Sekarang dah jadi Teacher Mathematics plak. Adushh bengang aku pada mulanya.. Yelah, mana lah aku blajar pedagogi untuk ajar subjek ni.. Nasib bek Tahun 3 je. tapi, aku tetap rasa susah. Banyak budak aku yang masih tak pandai lulus. Aku risau sesangat. Tapi aku akan usaha sebaik yang mungkin. Apapepun, ini hasil keje aku sepanjang kat sekolah ni... 


Ni hadiah daripada Kelas Tahun 3 untuk Guru Besar SKC yang nak pindah g Sandakan.

 Sepanduk Maulidur Rasul 

Maskot Rama-rama untuk Sukan Sekolah--Rumah Kuning
Mini Banner untuk Sambutan Kemerdekaan ke-53 2010

Hmm... setakat ini sahaja dulu lah upload gambar hasil karya ni... Ada masa upload lagi. Kepala dah penat n nak bertemu dengan bantal plak. Hujan yang penuh rahmat ni membuai-buai rasa untuk menganyam mimpi indah pula. Hehehe

Posted by mrs.amksas at 22:48 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

SEGENGGAM TABAH

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah

Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Posted by mrs.amksas at 21:25 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Kehidupan Baru

Wah... tak terasa sudah umur ini cepat saja beranjak angkanya.
Alhamdulillah, Allah swt masih lagi memberi kesempatan dan memberi masa untuk aku meminjam jasad dan hidup di dunia ini.Memberi masa untuk aku menikmati nikmatnya dunia yang hanya sementara ini. Alhamdulillah.
Betapa aku terasa semua yang ada di depan mata aku ini hanyalah pinjaman semata-mata untuk aku menikmati kehidupan di dunia ini.
Terlalu banyak lagi yang perlu dikejari sebelum semua pinjaman ini lesap dari pandangan mata. Dan masih aku berusaha untuk memelihara dan menjaga pinjaman ini sebaiknya. Ya Allah, berikan aku kekuatan itu untuk aku harungi apa sahaja yang ada di depan aku. Walau tidak berdaya, hanya Kau sahaja yang tahu dan mengerti apa yang aku lalui tika dan saat ini.
Bila terasa semakin pendeknya usia, betapa takutnya aku untuk menghadapi saat-saat yang sukar aku bayangkan...  Sediakah aku? Selamatkan makhluk ciptaan_MU di dunia dan di akhirat ya Allah yang maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Amin.

Posted by mrs.amksas at 21:02 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
@ 2011 KEMBARA CINTA; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog